Friday, March 14, 2008

Raja segala Pengakap??

Pengakap Raja atau King Scout merupakan pentarafan tertinggi pengakap di tanah air kita.. Ujian bagi pengakap raja ini bukan mudah dan ianya amat laa susah sekali.. Seperti biasa,setiap tahun pengakap skolah tinggi kluang akan menghantar beberapa peserta utk ujian ini.. sepatut nya pada tahun ini, aku merupakan salah seorang dari pesertanya... tetapi aku tidak mahu mengambil ujian ini kerana tidak mempunyai keyakinan diri.. skema je bunyinya.. huhuhu

Bertarikh 9.3.2008, Ahad, ujian ini telah diadakan di Tanjung Labuh BP.. seramai 8 orang peserta tahun ini.. syamizan, hazim, faisal, hafizul, nadzir, izzudin, arshad dan syamir.. itu laa nama2 rakan aku yang berjuang pada tahun ini.. ujian ini diadakan selama 5 hari dan tamat pada 14.3.2008, khamis.. Segala persiapan utk menghadapi ujian ini telah bermula sejak tahun lepas lagik.. agak lama utk membuat persiapan.. nampak saja remeh tetapi tidak.. terlalu banyak prosedur yang terpaksa dilalui..

Pada hari Ahad hari itu, aku membuat keputusan utk mengikut mereka pergi kesana.. aku pergi menaiki motor seorang diri dan mengikut kereta cikgu.. tujuan aku ikut mereka ialah utk merasai bagaimana perasaan dan situasi mereka disana.. sesampai je disana, kami barisan penolong, menurun kan buluh dari atas lori.. setelah dikira, terdapat 134 batang buluh dan dibahagi dengan 8 orang.. ini bermakna seorang mendapat 16 batang buluh.. kondisi buluh ini bukan laa tip top sgt.. ada yang kuros.. dan ada yang pendek..

Setelah dibahagi tapak perkhemahan, para peserta kembali ke tempat pengumpulan buluh ini tadi.. sekiranya tapak khemah mereka dekat maka cepat la mereka sampai.. ni dijadikan iktibar, ada seorang peserta ini, izuddin nama dia.. tapak dia agak jauh dari tempat pengumpulan itu dan dia merupakan orang terakhir yang mengambil buluh.. dia mendapat buluh yang kecik2 dan pendek.. jika diberi pilihan, memang xde orang nk buluh ni ar.. oleh kerana dasar keterpaksaan, dia ambil laa juga.. dah xde pilihan, nk buat camne.. *kalo x faham, xyah penat2 nk faham*

aku ada bgtaw rakan2 aku yang lain, sumbanglaa satu atau dua batang buluh kat budak tu.. tapi diorang cakp "tunggu laa aku siap.. nnt kalo gadjet akudah siap, aku bg ar".. hampir semua budak cakap camtu.. aku x sangka meraka akan cakap camtu.. kat sini, aku belajar satu perkara tentang sikap manusia, mereka selalu pentingkan diri sendiri.. padahal mereka ini, sebelom pergi, ssh sama2, senang pon sama2.. sampai kat sana, cam gini jadinya.. ish3...

dah, kita tinggalkan kisah buluh itu.. nasib mereka agak malang, kerana hujan turun hampir setiap hari sepanjang ujian ini dijalankan (mengikut cerita mereka sekembalinya mereka ke Kluang).. dan cuaca ini telah melemahkan mereka dan menyukarkan mereka utk bekerja.. baju tidak ada yang kering, dapur tidak boleh berasap dan macam2 lagi.. seperti ujian halangan komando smua dijalankan dlm hujan.. susah beb. fuhh.. malah ada peserta yang demam dan sebagainya..

cerita ini pon cerita kat sms je.. belom dgr lagik cerita bertentang mata.. huhu... so, dpt dgr gambarkan gitu2 je ar.. kini, smua peserta telah selamat kembali ke Kluang.. dan keputusan nya masih belom diketahui.. mungkin dalam tempoh masa 2-3 bulan baru leh tahu keputusan ujian ini.. sekiranya lulos, sijil pengakap raja ini merupakan tiket ke IPTA atau ke IPTS.. barang siapa yang ada sijil ini, mereka amat mudah diserap ke pusat2 pengajian.. sijil ini akan ditandatangani oleh 9 raja di malaysia.. dimana tandatangan ini merupakan tandatangan hidup dan bukan photostat.. ini menimbulkan rasa iri hati kepada diriku ini.. huhu.. so, kita tggu je laa keputusan ujian ini..

p/s: doakan laa rakan2 aku berjaya.. amin~

No comments: