Friday, February 29, 2008

Bulan Februari melabuh tirai..

haaa.. berlalu laa sudah bulan februari.. boleh dikatakan banyak juga adegan-adegan keseronokkan yang terjadi.. bulan 2 ini banyak memberi kenangan manis kepada diriku.. tapi, sememangnya penat pada bulan ini.. terlalu banyak aktiviti yang diadakan.. Kesimpulan apa yang terjadi pada bulan 2.. huhu..

1. badminton.. haish, aku telah kalah pertandingan badminton pada pusingan kedua.. aduii, malu sungguh.. kui3.. tapi keseluruhannya aku puas walaupon kalah, entah mengapa.. aku pon kurang pasti..

2. MU menang banyak beb.. yehaa.. pasukan kegemaran aku Manchester United banyak membuat kejutan pada akhir2 ini.. mengalahkan arsengal 4-0.. menewaskan new castle united 5-1 (banyak wooo).. dan seri dengan lyon 1-1.. ok ar tu.. huhu..

3. cinta aku direject.. huaaa.. masuk yang ini, ntah kali keberapa aku direject.. sedey woo.. sepanjang hayat aku, tidak pernah ada teman istimewa.. kui3.. bolehkah paras rupa seseorang dapat menjamin kebahagiaan sesebuah hubungan?.. benarkah setiap insan telah ditakdirkan dengan seorang pasangan?.. ermm..

4. aku dihayun stick hoki.. huhu.. mungkin korang dah bace entry aku pasal menda ni.. so, maleh nk cerita panjang.. kesan hentaman stick hoki tu masih ada beb.. huhu.. sakit dia pon masih ada lagik.. perit woo..

5. hari sukan.. yehaaa.. team aku menang sei.. rupanya, dah 11 tahun team aku tak menang.. huaa.. lama sei.. pada tahun aku, team aku menang.. so, tahun aku hebat ke x?.. kui3..

6. ditampo oleh seorang gadis.. real punye.. haa.. sebenarnya, smlm aku ada Oral.. setiap group dikehendaki membuat satu drama.. team aku bersetuju membuat drama berkisar mengenai seorang suami sudah berbini 2, dan mahu menambah lagi satu.. ada laa satu scene tu, aku ditampo oleh bini pertama aku.. kui3.. bengang sei time ni.. tp, team aku mendapat persembahan terbaik.. puas beb.. kui3..

7. melihat seseorang yang diminati bersama laki lain.. hancur hatikuuu.. ermm.. sedang menunggang moto di bandar.. parking didepan Kluang Parade.. melangkah masuk dan aku ternampak gadis bernama F ( aku minat dia, baru nk usha) bersama balak lain.. sob2.. sedey gilew.. rasa nk bawa moto laju2 past langgar lori treller.. kui3..

8. ada seorang yang rapat ngn aku telah clash.. sabo je la yerk.. kui3..

haa.. ini je laa yang dpt disimpulkan.. peristiwa marah aku malas nk masukkan.. kalo nk taip pasal yang marah, mesti ada bab2 mencarut.. so, aku x suke buat dosa.. hahaha..

p/s: peksa bulanan pertama dah dekat.. doakan kejayaan aku.. kui3..

Thursday, February 21, 2008

Kejohanan Olahraga Kali ke-61


*gambar sbgi mukadimah..*

yehaaaaa.. aku malas ar nk celoteh panjang hari ini... tapi kesimpulanya, rumah sukan aku SULAIMAN telah menang.. sepanjang pengajian aku kat STK, rumah sukan aku tidak pernah menjuarai Kejohanan Olahraga ini.. ini merupakan kali pertama.. kemenangan ini akan menjadi kenangan paling manis dan gembira dihatiku.. besh woo, tahun last aku kat stk, tetiba rumah sukan aku yang tidak pernah menang sebelum ini, telah menjadi johan keseluruhan.. suatu perasaan yang tidak bole digambarkan dengan kata-kata.. hahaha..

haa, tgk je la gambo2 ni.. maleh nk celoteh lagik.. penat dah.. huhu..


*altet2 rumah Sulaiman..*

*kami laa juara..*

p/s: gambar tak byk coz masa orang ngah lari2, aku kat khemah rumah sukan.. hp aku kat kawan aku, so ini je laa gambo yang sempat di'snap'. hehe.. memang seronok aku hari ini.. hahahahahaha...

Monday, February 18, 2008

aku dihayun kayu hoki..

haa.. munking korang ingat aku kene blasah kan?.. xde ar.. ini cuma kecelakaan yang menimpa diriku.. malang tidak berbau.. huhu..

nk dijadikan cerita, pada petang td.. aku diarahkan utk mengajar budak form1 dan 2 utk berkawad rumah sukan.. setelah 45 minit berkawad.. aku beri arahan supaya mereka berehat.. kami belatih kawad di padang.. kebetulan pulak kat situ diadakan latihan hoki utk wakil sekolah..
sedang asyik aku melihat mereka memukul bola, datang ar sorang membe aku ni, K ( bukan nama sebenar ) .. dia ajak aku main hoki tu.. padahal dua2 tak penah pegang kayu hoki.. aku pon layan.. aku meminjam kayu hoki salah seorang wakil skolah tu ar.. main pukul2.. besh pulak main game ni.. si K ni nk pinjam kayu hoki aku tu.. aku pon serahkan je ar kayu tu pada dia.. diletakkan bola diatas padang.. si K itu pon menghayunkan kayu hoki dengan sekuat hati lalu membuat pukulan.. tapi sayang, bukan bola hoki yang dia target, tp kepala aku menjadi target dia.. bapak ah.. aku teros rebah menyembah bumi sejurus selepas itu.. kawan2 semua dah panik.. mereka merenjis renjis air pada muka ku utk menyedarkan ku.. dalam 5 minit lepas tu, aku tersedar.. terasa bahagian kiri leher aku sakit..

menda ni jadi laju sgt, so smpi aku pon tak tahu apa yang jadi.. kawan aku cerita kat aku bahawa aku berdiri di belakang si K tu semasa dia membuat pukulan.. momentum pukulan dia teros ke belakang dan kena bahagian kiri muka aku.. gilew kentang sakit sial... masa bawa motor time balik tu, terasa pening yang amat sangat.. bayangkan ar sebatang kayu hoki hinggap di bahagian kiri muka anda.. sakit atau tak?.. jgn ar try kerana mmg amat sakit..

sesampai dirumah, aku ceritakan kepada mak aku.. dia ketawa terbahak-bahak.. ada ke patut.. ish3.. ptt bawa ar aku ke klinik utk check sama ada ada keretakkan dimana-mana bahagian otak aku ke.. ada pendarahan dalaman ke.. ini x, dia leh ketawa.. ish3.. panas pon ada.. huhu..

p/s: sumpah, ini la kali pertama dan kali terakhir aku pegang stick hoki.. perit sial....

Saturday, February 16, 2008

Piala FA..

haaa.. smlm satu malam aku duduk depan tv tgk match FA cup kat astrosport.. macam2 kejutan ada.. hahaha.. antara match yang berlangsung smlm ialah, Mu menentang Arsenal.. Liverpool menentang Barnsley.. Chelsea menentang Huddersfiled.. dan satu dua match yang kurang menarik perhatian aku.. huhu..

liverpool yang konon nya hebat tu telah kalah kepada kelab bawahan.. haa, padan muka korang.. tu ar, ingat lawan ngn team underdog leh menang ke?.. ish3.. Liverpool menurunkan pemain2 handalan dia.. gerrad, kuyt, crounch, benayoun pon tak leh menang.. menda ar.. kerek ar korang.. kebanyakkan pemain dari team barnsley tu kurang ternama dan aku hampir tidak kenal semuanya.. hahaha.. tapi team diorang leh menang 2-1.. kalo aku jadi rafael benitez, aku dah buno diri dah.. hahahaha..

Kemenangan Chelsea keatad Huddersfield menang telah dijangka.. mereka menang 3-1.. goal pertama diahasilkan lampard pada minit ke 18 dan 60.. dikuti oleh jaringan kalou pada minit ke 70.. dan goal saguhati pihak lawan hadir pada minit ke 45 oleh collins.. match ni amat menarik kerana banyak percubaan yang kearah goal yang menarik..

MU VS Arsenal.. dua2 team ni leh dikatakan musuh tradesi.. aku ni peminat MU.. yehaa.. mlm smlm aku tgk jugak ar match ni walaupon aku sudah kengantukan.. hehehe.. match ni start kul 1.10.. lambat sei.. pada awalnya, aku menjangkakan match ni amat sengit.. sangkaan ku meleset.. MU telah menang besar.. iatu 4 berbalas 0.. terok amat team arsenal ni kadang2.. haha.. mungkin MU nk beri amaran kat arsenal yg MU masih boleh mengejar mereka di EPL..

*Nani mempergayakan aksi akrobatik
selepas menjaringkan goal ketiga MU
*

jaringan pertama disumbat oleh striker England iaitu rooney pada minit ke 16 ( awal tu.. hahaha).. diikuti oleh jaringan fletcher pada minit ke 20 dan 74.. jaringan nani pada minit ke 38..
match ni sedap sei.. hahahaha.. padan muka peminat2 arsenal.. nanti naik skolah abis ar korang kene palat ngn aku.. hahahaha..

Friday, February 15, 2008

Cita-cita dirku...

haaa.. dulu masa kat sekolah rendah kita sering ditanyakan apakah cita-cita kita.. sebenarnya aku tidak punyai apa-apa cita-cita.. ni sebab aku tak tahu hendak jadi apa.. semua pekerjaan aku lihat menyeronokkan.. tapi bila diajukan soalan kepada orang yang bekerja, mereka lebih ingin belajar disekolah sahaja.. aku sendiri tidak tahu mengapa.. pendapat aku, kerja ar seronok kerana dapat duit.. huhu..
ermm.. kembali kepada kisah asal, cita-cita ku..

1. dari kecil lagik aku nk jadi doktor.. kononnya nk tolong orang ramai.. tapi dalam hati, sbb kaya.. orang selalu kata, jadi doktor ni senang kaya.. betul ke?.. ermm.. tapi setelah aku meningkat dewasa, aku faham suatu perkara iaitu, untuk menjadi doktor bukan laa perkara yang mudah.. nk study dia sampai pecah kepala.. haha.. aku ni bukan laa jenis insan yang boleh menghafal dengan cekap.. ini akan menyebabkan kesukaran bagi diriku dalam bidang ini..

2. aku nk jadi arkitek.. melukis lukis pelan bangunan.. mereka bangunan sendiri.. amat seronok kerja ini.. tapi aku ini amat terok dalam hal lukisan.. aku tidak pernah mendapat gred C dalam pendidikan seni.. disuruh lukis harimau jadi gajah.. disuruh lukis bangunan, jadi binatang.. hahaha.. terok amat..

3. aku nk jadi programming sofware.. haa, eceli aku ni minat bab2 komputer ni.. besh ar main tekan2 keyboard ni.. main mouse.. kui3.. tapi ada orang cakap pelajaran ni ssh bangat.. dalam kelas nmpk senang, tp bilew time peksa ssh namampos.. kakak kawan aku amik kos ni, dia banyak kali gagal.. dan ini telah melemahkan semangat aku.. adui.. aku dalam dilema ar sekarang, tak tahu nk jadi ape bila besar nnt.. hahaha..

tapi kan, akak aku ada cakap.. jgn pilih sesuatu pekerjaan itu sebab wang gaji.. pilih laa pekerjaan yang anda minati tidak kita berapa gaji dia.. kalo kita kerja besar tapi tak enjoy dengan pekerjaan tu pon tak best kan?.. ermm.. so, aku nk amik bahagian komputer ar gini.. dah minat aku kat situ.. huhu..

ermm.. last sekali, aku nk jadi insan yang berguna di dunia dan d iakhirat.. haaa, ini la cita-cita yang harus dikecapi oleh aku dan semua orang.. huhu.. sebenarnya, benda ni laa yang semua orang terlepas pandang.. biar laa kita hidup sederhana sahaja, tapi orang kenal dan hormat kita.. tol x?.. huhu..

p/s: aku ngah bosan ni.. so tulis ar entry2 merepek ni.. jika sudi bace laa.. hahaha.. dan aku amat memerlukan teman bicara sekarang ni.. aku merasa runsing sgt.. arghh!!~

Thursday, February 14, 2008

Selepas Percutian Raya Cina..

haaa.. nk cerita kat sini hari-hari persekolahan aku selepas cuti raya cina tempoh hari.. langkah-langkah ku terasa berat utk bangun pada pagi tu. maklumla dah selalu bangun pukul 10 keatas.. tetiba kene bangun pukul 6.. siapa yang boleh tahan.. huhu..
aku pergi ke sekolah menungga motosikal wave S 125.. aku menunggang 60kmj je pada hari tu.. ini semua kerana ngantuk.. jika tidak aku akan menunggang pada speed 800-100kmj.. huhu..
nk dijadikan cerita, pada pagi tu, banyak la pulak homework yang aku tak siap lagik.. padahal masa cuti hari tu smpi bosan-bosan buat homework.. tak tahu laa macam mana leh tertinggal kerja rumah ni pulak.. ish3.. aku membuat kerja sekolah pada kelajuan cahaya.. hahaha.. tapi tiru kerja orang ar.. otak dah jamed dah nk pikir idea (alasan baik punya).. kui3..

ktokk, ktokk, ktokk (pintu kelas ku diketuk)..
"amer, ada cikgu nk jumpa kat bawah".. sudahhh, apa yang aku sudah buat kali ini.. aduii.. setahu aku, aku tidak ada membuat apa-apa kesalahan.. ish3.. aku menurungi blok c tu dengan langkah tidak sedap hati.. hahaha..
sesampai je dibawah, rupanya guru rumah sukan aku ingin ketemu sama aku.. dihulurkan sehelai kertas, tertulis disitu...

Acara: Melempar cakera..
Nama: Muhammad Ameruddin bin Jamil..
Tarikh: 12.2.2008 (pada hari tu jugak)..
Waktu: 3 petang..

bapak ah, aku ada acara petang ni?.. kepala hotak dia.. aku mane ar ada bakat dalam acara ni.. dah ar pencabar dia hebat2.. aku penah tgk diorang lawan tahun lepas.. gilew hebat wa cakap sama lu.. semua lempar jauh.. catatan terbaik aku cuma 15 meter sahaja.. aduii.. pening2.. eceli aku sudah train menda ni ngan kawan2 aku sejak 2 mggu yang lepas.. eceli kawan aku yang amik acara tu, dah entah mengapa nama aku yang naik.. nk mengamuk pon ada time tu.. dah ar aku xde pengalaman bermain menda alah tu.. aduii.. redha je ar.. menang kalah adat pertandingan.. huhu..

kepetangan itu, aku datang tepat jam 3.. rupanya pukul 3 tu, diorang baru nk pasang speaker ar, nk bg nombor ar.. lastnya, acara start kul 4 lebih.. aduh, bengang sei.. pada petang tu juga, banyak acara lain yang dilangsungkan.. sementara menunggu acara aku, g ar tgk acara lain dulu.. bersorak2.. menjerit macam sekolah tu aku yang pnye.. hahaha..

"diminta pengurus rumah sukan menghantar peserta bagi acara melempar cakera bawh 18".. fuh.. aku gementar abis time ni.. disaksikan oleh puluhan budak lain.. aduh, malu ar oi.. kui3..
aku memakai nombor SU 12.. harap2 dapat memberi tuah kepada aku.. huhu.. setiap rumah sukan menghantar 2 peserta bagi setiap acara.. kawan serumah aku mmg hebat main game ni.. aku mmg meletakkan harapan yang tinggi ar kat dia.. huhu..

setiap peserta diberikan 3 kali balingan.. dan dalam 3 kali balingan tu, mereka akan memilih 4 yang terbaik utk menentukan juara.. aku mendapat giliran yang ke 4.. satu peserta demi satu peserta membuat balingan.. semuanya jauh-jauh belaka.. sesampai je turn aku, selesakan badan dengan keadaan padang, masuk ke dalam ring, menghayunkan badan dan membuat lemparan (besh x cerita aku?.. hahaha).. jarak kali pertama aku 16.20 meter.. balingan kedua tersasar dari tempat dia dan dikirakan foul, malu gilew time ni.. kui3.. balingan ketiga aku hanya dapat 17.30 meter.. setelah dianalisis, aku tidak dapat meneruskan perjalanan ku ke pusingan seterusnya.. sedih pon ada, kerana tidak dpat menang pertandingan tu.. rakan serumah aku kepusingan seterusnya.. catatan terbaik dia 21.38 meter.. 4 orang yang ke pusingan kedua membuat 3 kali balingan lagi dan cikgu-cikgu akan memilih jaraj terbaik dan dia lah juara..

rakan serumah ku mendapat tempat kedua.. hebat ar tu.. dan aku pula, mendapat tempat ke 7 daripada 8 peserta.. merentas desa aku kalah, badminton kalah, lempar caker aku kalah.. ape ar nk jadi ngn aku ni.. ish3.. xde ciri orang sukan betul ar.. sobsob.. selepas tu, diadakan acara tarik tali.. acara faberet aku.. huhu.. pusingan prtama lawan rumah biru.. pusingan pertama mmg sengit.. dan team aku menang jugak.. pusingan kedua rumah biru telah mendapat foul kerana salah seorang dari membe dia telah jatuh dan tidak bangun semula selepas 5 saat.. team aku menang mudah.. hahahaha..

selepas tu, aku balik dah melelapkan diri.. huhhh.. smua homework hari tu aku x buat.. hahaha.. redha je ar apa nk jadi besok.. kui3.

p/s: eceli banyak lagik aku nk cerita.. tapi takut nnt korg bosan lak.. so, nnt bilew aku sambung lagik.. huhu.. chow...

Saturday, February 9, 2008

Kebosanan Yang Melampau..

huh (mengeluh)... kebiasaannya, aku amat gembira apabila cuti menjelang tiba.. entah mengapa, kali ini ku rasa bosan yang teramat.. si dia tidak pulang ke rumah dia pada kali ini... dia hanya melepak di rumah kakaknya dia Kuala Lumpur sahaja.. mungkin sebab ini la aku terasa bosan ya amat.. tak mengapa la, mungkin ada baiknya dia tinggal disana..

selalunya jari-jari aku akan sentiasa berada di keypad handphone pada waktu cuti bermain msg bersama si dia.. tp tidak kali ini.. jari-jari aku banyak menghabiskan masa memegang pensil pilot shaker berwarna ungu itu sahaja.. membuat kerja sekolah yang hampir membuatkan aku gila.. cikgu-cikgu aku memberi kerja rumah yang terlalu banyak walaupun cuti raya cina ini hanya 5 hari sahaja.. lain laa sekiranya cuti ini selama 2 minggu.. bangun pagi sahaja mengadap buku-buku teks sekolah.. aku sudah bosan membuat kerja rumah.. masih banyak lagik kerja rumah yang harus diselesaikan.. harap-harap masa mencukupi utk aku menyiapkan kerja ini.. doraemon, tolong ar aku!!.. *wujud ke binatang itu?..*

ermm, selalunya rakan-rakanku setiap hari mesti ada merancang sesuatu.. tapi kali ini, kebanyakkan rakan ku pergi bercuti.. ada yang ke kota tinggi, kuala lumpur, port dickson dan banyak lagik ah.. kezenku nashriq, pergi ke pulau pangkor bersama rakan-rakan dia.. jeles pon ada.. aku hanya duduk dirumah ini berseorang diri dan hanya ditemani oleh laptop aku ini.. nasib baik la rumah aku ini ada streamix, hilang la juga sedikit kebosanan aku tu.. huhhh, kenapa la hidupku pada musim cuti ini amat bosan manakala insan yang lain bergembira?.. aku tertanya-tanya jugak tetapi tidak ketemu jawapannya.. haish.....

pada pagi tadi, ada ar sedikit keseronokkan.. kakak kepada kawan aku membuat kenduri kahwin dirumahnya.. aku turut dijemput.. aku pergi ke jemputan itu bersama rakan-rakan ku.. walaupun bukan aku yang berkahwin, entah mengapa aku rasa amat seronok sekali bila berkumpul beramai-ramai bersama sahabat handai aku.. aku berborak-borak disitu selama hampir 2 jam.. macam berbual di kedai kopi masa tu.. huhu.. ada juga salah seorang pakcik disitu menegur kami kerana berbual terlalu lama sehingga kerusi tidak mencukupi utk tetamu yang lain.. selepas itu, kami terus berpindah ke bawah pokok dan sambung penceritaan kami.. terdetik satu soalan di hatiku "bila laa aku nk naik ke jinjang pelamin, adakah aku sempat?.. harap2 begitu".. kui3...

sejurus selepas pulang, aku menghadap kembali buku teks.. bila laa agaknya kerja aku ni hendak siap.. aku buat kerja aku sikit sahaja hari ini.. dah penat dah pandang buku tu.. dah tak de mood dah.. dan masa selebihnya dihabiskan dengan menonton Tv sahaja.. huhu...

p/s: aku harap aku akan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang.. cayok2 amer..

Wednesday, February 6, 2008

Kecerian Yang Ku Harapkan..


sungguh cerah hari ini.. dan kuharap kecerahan ini akan terus berkekalan.. tapi itu semestinya tidak mungkin.. kerana suatu hari nanti pasti ada hari yang suram.. begitu juga la kehidupan kite.. adakala suka, dan adakala kita duka.. dan ingatlah, sesungguhnya kedukaan itu terjadi utk mengingatkan kita akan sesuatu... dan kesukaan itu berlaku didalam hidup kita utk mengubati hati yang telah duka.. dan kite memerlukan kedua-duanya dlm kehidupan.. kepada sesiapa yang mengalami kedukaan, jgn la bimbang kerana pasti suatu hari nnt kesukaan akan berlaku.. begitu juga kepada insan yang keseronokan sekarang, jgnlah terlalu gembira dgn ape yang kita ada sekarang kerana suatu hari nnt, pasti kedukaan akan melanda hati kita.. jadi, bersedia la semua, tabahkan hati utk mengharungi hari-hari esok..

bagi diriku ini.. ku mengharapkan kehadiran si dia dlm hidupku ini.. ku memerlukan si dia utk menemani aku mengharungi dugaan yang berada didepan.. sesungguhnya aku tidak boleh melakukannya seorang diri.. halangan didepan begitu sukar utk diriku menempuh seorang diri.. ku harap dirimu akan sentiasa berada disamping diriku ini.. walaupun kita duduk berjauhan, tp ku harap semangatmu berada di hatiku..

Saturday, February 2, 2008

Pertandingan Badminton

Perlawan badminton pada tahun ini diadakan bagi memilih budak-budak yang hebat bagi mewakili pasukan badminton sekolah tinggi kluang.. diadakan di BCB badminton court.. Perlawanan dimulakan pada jam 8 pagi.. ermm..

nk dijadikan cerita.. ada seorang budak ni.. ada beberapa budak perempuan kelas aku suruh budak ni ajar mereka bermain badminton pada pagi itu.. dia tak ada teman, so dia ajak la aku..
"amer, besok ko g kul brape?"
" aku g kul 7.30 kot" balas ku"
"boleh dtg kul 7 tak, ada dak wanita suruh kita ajar diorang main bdminton.. ko leh teman aku x?"
(tanpa pikir apa2) "ok ar, besok aku dtg kul 6.59.. hahhaa"..

keesokkan harinya, tepat jam 7 aku sudah terpacak sorang2 kat situ.. ditemani oleh anjing2 liar sahaja.. cuak pon ada time tu, takut anjing tu kejar aku je.. kunci moto dipegang erat.. yang aku bengangnya bukan pasal anjing tu, tp membe aku td.. dia leh dtg kul 7.45.. tak nk bengang lak aku kan.. aku pnya ar bgn awal2 semata mata nk teman dia.. lastnye dia dtg lambat.. aku malas nk bertanyakan akan kelewatannya.. aku biarkan ianya bergolek begitu sahaja.. huaa, cam iklan keselamatan jalan raya lak.. kui3.. ( ini baru mukhadimah sahaja.. kui3)..

sebaik sahaja tempat perlawanan sudah tersedia, pasa peserta dibenarkan membuat warming up dgn membuat pukulan2 stroke.. aku masuk dewan tu lambat dan court semua sudah penuh.. gelangggan cuma hanya ada 8 dan pemain ada lebih kurang 150 orang utk semua kategori.. satu gelanggang dikongsi seramai 8 orang.. best pulak aku ingat.. so, aku ngn geng2 aku warming up kat tepi je.. biar orang ingat kita ni underdog je.. padahal pro namampos.. kui3..


*ramai x?.. huhu..*

selang 10 minit kemudian, jadual perlawanan tergantung sudah di dinding dinding dewan itu.. perlawanan pertama, aku menentang Chan Yew Wah.. aku tidak berapa kenal pemain ni.. aku bertanyakan kepada rakan2 ku.. kebanyakkan mengatakan dia ni hebat... owhh, aku sudah takut... huhu..

setiba je giliran aku.. musuh aku terlebih dahulu masuk ke court.. laaaa, dak ni rupanya.. aku kenal sgt dak ni.. segala ketakutan aku terus bertukar menjadi keseronakkan kerana aku tahu aku dpt lepasi pusingan pertama ini dengan mudah.. jangkaan ku tepat ke sasaran, selepas hampir 10 minit bermain, aku menang perlawanan pertama aku pada hari itu..

tanpa berlengah masa, aku terus ke tempat jadual dilekatkan utk melihat siapa lawan aku seterusnya.. setiba saja aku disitu, satu tangan dihulurkan kepada aku dan dia berkata "mer, kejap lagi kita jumpa kat gelanggang".. fuhh, lawan aku seterusnya ialah kawan aku.. dia ni mmg hebat namampos.. aku pernah berlatih dengan dia.. dan guest what, aku tak pernah menang ngn dia.. aku cuba ingat kembali apa kelemahan budak ini, tapi dia seolah-olah tiada kelemahan.. aku benar2 ketakutan skrg..


*ni la kawan2 badminton aku.. dak baju
hitam itu coach aku.. syamir dak yang kiri sekali itu
dibawah budak berbaju hitam itu..*

selepas 30 minit berehat, giliran aku telah tiba.. kedua2 pemain melangkah masuk ke gelanggang.. kawan aku mendapat servis terlebih dahulu.. (xkan ar nk cerita camne aku drop, smash smua kan..) dipendekkan cerita, aku telah tewas kepada budak ni.. opps, lupa nk bgtaw nama dia.. sazril syamir.. fuhh, aku benar2 respek kat dia ar.. ermm.. so, aku telah kalah pada pusingan kedua.. amat memalukan kerana pada tahun lepas aku telah mendapat tempat ke 3.. ermm, ape nk buat, nasib badan.. tp satu perkara yang memuaskan hati aku selepas permainan ini.. syamir tu berkata kat aku " ko dah makin hebat skrg.. peningkatan ko amat mendadak".. fuhh, lega hati aku, meskipun aku kalah kepada dia.. sebenarnya aku telah berlatih selama lebih kurang 2 mggu bersama seorang wakil sekolah.. akmal syafi doreyat nama dia.. dia ni yang banyak mengajar aku ilmu badminton.. thanx dude..


*kepada insan2 yang doakan kejayaan aku bebyk
terima kasih aku ucapkan.. thanx u all*

ermm, selepas itu, aku melangkah keluar dari dewan tu dengan perasaan suka bercampur duka.. ini kerana tahun depan aku tak mungkin akan berada di STK lagik.. so, aku dah x leh cuba lagi dah.. xpe ar, harap2 aku leh kalahkan lee chong wei suatu hari nnt.. hahahahhaa...