Thursday, March 27, 2008

Pakcik yang Lahanat

ok.. seperti biasa.. tepat jam 1.00 tengah hari, aku pulang ke rumah dari sekolah.. hari ini berlalu seperti hari-hari biasa.. aku menunggang motor pergi dan pulang..

tengah sedap merempit ni.. wrennngg wrennggg wrenggg... telah sampai aku kat satu lampu insyarat.. merah warna lampu itu kali ini.. so, ini bermakna kene benti laa apa lagik.. hahaha..

dah menjadi kebiasaan bagi orang yang membawa motor, suka mencelah-celah.. aku jugak tidak terlepas dari kebiasaan ini.. aku mencelah ar ditengah-tengah antara dua kereta.. kat depan tu ruang dia sempit sikit, tapi aku rasa aku leh lepas.. aku pon lalu laa.. paappp ( suatu bunyi kedengaran) ermm.. aku terlanggar cermin sisi kereta waja campro 1.6 warna meron.. memang ar aku salah.. so, aku betolkan ar balik keadaan cermin tu kembali kepada asal.. aku mengangkat tangan tanda minta maaf..

si driver ini, kira dah 40 lebih kot.. pki spec hitam.. dengan ada seorang anak lelaki kat sebelah dia.. dia bengang ngn aku.. selepas aku dah betolkan cermin dia, dia hon aku.. aku buat dono je ar.. kan aku dah betolkan pastu dah mintak maaf.. pastu, dia kedepankan sikit kenderaan dia, dia bukak tingkap dan sound aku gilew babi.. kat cermin tu ada ar calar sikit.. macam 5 ekor semut berbaris pangjang( kecik kan calar dia?).. haha.. dia leh mintak ganti rugi.. pale hotak dia.. aku lawan ar balik.. ada ke calar kecik camtu nk kene bayar gak..

dia x nmpk ke aku pki baju skolah.. masih budak skolah.. xde pendapatan.. ini leh mintak duit2.. bapak ko ar.. pastu aku diam je ar.. buat dono smbil menanti lampu hijau.. bile hijau je lampu tu, aku pulas minyak.. lalu aku terlihat kat cermin sisi moto aku.. korang taw apa pkcik tu buat?.. dia leh ludah rim tayar aku.. cilakak.. pastu dia teros memecut laju..cilakak.. nasib baik aku bawa moto.. xleh bawa laju2.. kalo ar aku bawa superbike time tu, mmg aku kejo balik..

camni ke orang malaysia.. xde budi bahasa langsung.. depan anak dia, dia buat camtu.. nanti anak dia ikut tabiat bodow bapak dia tu.. haish.. sememangnya yang muda harus menghormati orang yg lebih tua.. tapi kalo yg tua tu dak kuang ajo, ptt x kita pukol dia?.. remaja leh bertolak ansur tapi ada ar had dia.. ni dah smpi ludah2, x cilakak ke tu?.. ermm.. biar laa dia ..

p/s: peksa aku dah abis.. yehhaaa... enjoy kembali.. kui3..

Friday, March 21, 2008

1 hari cuti, 2 kali musibah

MUSIBAH PERTAMA..

Kisah ini berlaku pada semalam hari iaitu pada hari Maulidur Rasul.. Aku dah kengkawan sememangnya telah bercadang untuk pergi berjalan di bandar pada hari ini.. Tepat jam 10, kami semua berkumpul di sebuah cc di kluang.. Izone nama cc tu..

kat cc, kami main game Counter Strike.. 1st person shooter.. memang gebang game ni.. kami semua berhasrat utk menyertai pertandingan WCG pada tahun hadapan.. moga2 hasrat aku semua tercapai dan kami dapat mewakil asia dlm game ini.. kui3..

setelah hampir 2 jam menembak, kami semua beredar dari cc tu dalam pukol 2 lebih.. sesampai je dimoto, ada salah seorang kawan ku ini meraba-raba koceknya dan merasakan seperti ada sesuatu yang kekurangan.. setelah dibelek-belek beg dan mencari dimerata tempat, dia beritahu kami bahawa handphone dia hilang.. bapak ahh..enset hilang tu.. enset dia enset daun.. mahal tu.. kalo hp aku hilang, mau nangis gak aku.. aku masuk kembali ke dalam cc tu, dengan harapan keajaiban akan terjadi.. setelah tidak ketemu dgn hp itu, kami mengambil ikhtiar utk menonton kamera litar tertutop.. dan hasilnya tidak memberangsangkan.. berdasarkan video rakaman di cc itu, tidak kelihatan pon sesiapa mencuri atau mengambil hp kawan aku tu..

kami semua putos harap dan tuan empunya badan redha dengan pemergian hp dia.. dia cakap "xkisah ar, jom ar balik.. aku dah penat ni.." kami smua balik laa lepas itu dengan perasaan yang hampa.. huhu..

MUSIBAH KEDUA..
eceli ini bukan musibah.. cuma kecuaian diriku sahaja..*kot* waktu malam menjelang tiba.. kufikir sejenak tentang nasib rakan ku itu.. mak aku panggil ke makan malam.. ku makan dengan perasaan sayu.. tidak ku perasan, tetiba.. aku tercekik tulang ikan bawal.. terletak dia kat kerongkong ku itu.. tidak bergerak ke bawah.. sakit yaa amat.. dah laa time tu aku ngah kene batuk, tulang ikan tu gerak sikit je, aku dah batuk bagai nk rak..

selepas itu, aku cuba mengeluarkan tulang itu dengan menjolok mulot ku agar ku muntah.. dah mcm pesakit aneroksia lak.. kui3.. ku muntah hampir 2 kali, tetapi tidak terkeluar juga tulang itu.. mak ku membuat keputusan utk menghantar ku ke klinik..

diklinik, doktor itu cuba mencari tulang ikan itu tetapi tidak ketemuan.. selepas pemeriksaan dilakukan keatas diriku.. doktor memberi ubat antibiotik, ubat kumur dan ubat tahan sakit kepala.. berputar soklan dikepala otak ku ini.. aku diberi ubat sakit kepala?.. apa kene mengena dengan tulang tersangkut di kerongkong ku ini?.. aduii.. ternyata doktor ini ingin kencing duit sahaja..

mereka menjadi doktor hanya utk menipu duit pesakit atau ingin merawat mereka?.. kalo smua doktor didunia ini berfikiran kotor seperti ini, musnah laa dunia ini.. bayangkan laa bagaimana sekiranya pesakit itu merupakan orang susah??.. ermm.. kos rawatan aku rm22.. agak mahal laa.. ermm..

sehingga saat aku menulis enrty ini, tulang itu masih berada dikerongkong ku.. amat pedih rasanya.. baru ku tahu, menda yang kecik sebegitu dalam membawa impak yang besar terhadap diriku.. huhu.. harap2 cepat laa tulang tu beredar dari situ.. kui3.. doakan laa aku yerk.. kui3..

Friday, March 14, 2008

Raja segala Pengakap??

Pengakap Raja atau King Scout merupakan pentarafan tertinggi pengakap di tanah air kita.. Ujian bagi pengakap raja ini bukan mudah dan ianya amat laa susah sekali.. Seperti biasa,setiap tahun pengakap skolah tinggi kluang akan menghantar beberapa peserta utk ujian ini.. sepatut nya pada tahun ini, aku merupakan salah seorang dari pesertanya... tetapi aku tidak mahu mengambil ujian ini kerana tidak mempunyai keyakinan diri.. skema je bunyinya.. huhuhu

Bertarikh 9.3.2008, Ahad, ujian ini telah diadakan di Tanjung Labuh BP.. seramai 8 orang peserta tahun ini.. syamizan, hazim, faisal, hafizul, nadzir, izzudin, arshad dan syamir.. itu laa nama2 rakan aku yang berjuang pada tahun ini.. ujian ini diadakan selama 5 hari dan tamat pada 14.3.2008, khamis.. Segala persiapan utk menghadapi ujian ini telah bermula sejak tahun lepas lagik.. agak lama utk membuat persiapan.. nampak saja remeh tetapi tidak.. terlalu banyak prosedur yang terpaksa dilalui..

Pada hari Ahad hari itu, aku membuat keputusan utk mengikut mereka pergi kesana.. aku pergi menaiki motor seorang diri dan mengikut kereta cikgu.. tujuan aku ikut mereka ialah utk merasai bagaimana perasaan dan situasi mereka disana.. sesampai je disana, kami barisan penolong, menurun kan buluh dari atas lori.. setelah dikira, terdapat 134 batang buluh dan dibahagi dengan 8 orang.. ini bermakna seorang mendapat 16 batang buluh.. kondisi buluh ini bukan laa tip top sgt.. ada yang kuros.. dan ada yang pendek..

Setelah dibahagi tapak perkhemahan, para peserta kembali ke tempat pengumpulan buluh ini tadi.. sekiranya tapak khemah mereka dekat maka cepat la mereka sampai.. ni dijadikan iktibar, ada seorang peserta ini, izuddin nama dia.. tapak dia agak jauh dari tempat pengumpulan itu dan dia merupakan orang terakhir yang mengambil buluh.. dia mendapat buluh yang kecik2 dan pendek.. jika diberi pilihan, memang xde orang nk buluh ni ar.. oleh kerana dasar keterpaksaan, dia ambil laa juga.. dah xde pilihan, nk buat camne.. *kalo x faham, xyah penat2 nk faham*

aku ada bgtaw rakan2 aku yang lain, sumbanglaa satu atau dua batang buluh kat budak tu.. tapi diorang cakp "tunggu laa aku siap.. nnt kalo gadjet akudah siap, aku bg ar".. hampir semua budak cakap camtu.. aku x sangka meraka akan cakap camtu.. kat sini, aku belajar satu perkara tentang sikap manusia, mereka selalu pentingkan diri sendiri.. padahal mereka ini, sebelom pergi, ssh sama2, senang pon sama2.. sampai kat sana, cam gini jadinya.. ish3...

dah, kita tinggalkan kisah buluh itu.. nasib mereka agak malang, kerana hujan turun hampir setiap hari sepanjang ujian ini dijalankan (mengikut cerita mereka sekembalinya mereka ke Kluang).. dan cuaca ini telah melemahkan mereka dan menyukarkan mereka utk bekerja.. baju tidak ada yang kering, dapur tidak boleh berasap dan macam2 lagi.. seperti ujian halangan komando smua dijalankan dlm hujan.. susah beb. fuhh.. malah ada peserta yang demam dan sebagainya..

cerita ini pon cerita kat sms je.. belom dgr lagik cerita bertentang mata.. huhu... so, dpt dgr gambarkan gitu2 je ar.. kini, smua peserta telah selamat kembali ke Kluang.. dan keputusan nya masih belom diketahui.. mungkin dalam tempoh masa 2-3 bulan baru leh tahu keputusan ujian ini.. sekiranya lulos, sijil pengakap raja ini merupakan tiket ke IPTA atau ke IPTS.. barang siapa yang ada sijil ini, mereka amat mudah diserap ke pusat2 pengajian.. sijil ini akan ditandatangani oleh 9 raja di malaysia.. dimana tandatangan ini merupakan tandatangan hidup dan bukan photostat.. ini menimbulkan rasa iri hati kepada diriku ini.. huhu.. so, kita tggu je laa keputusan ujian ini..

p/s: doakan laa rakan2 aku berjaya.. amin~

Saturday, March 8, 2008

undangan ke perlawanan futsal..

fuhh.. ngah sedap layan mimpi.. tetiba hp n73 berdering.. aduii.. malas tol ar kalo orang kaco tido petang aku ni.. tapi, tetap bangun dari katil dan capai hp tu.. kelihatan ada satu msg..

tertulis disitu "lot ( nickname aku belot), petang ni musuh kita ajak lawan lagik.. kul 4.30 kat rebble.. wajib datang".. wajid datang?.. suka hati laa aku nk datang ke xnk.. tapi mmg aku nk datang pon.. haha.. sebenarnya team aku ni memang ada musuh.. diorang asik x puas hati je.. asik kalah je ngn team aku.. pastu, nk repeat ar kononnya.. tapi masih kalah jugak.. eceli bukan aku leader team aku.. aku cuma pemain sahaja.. kawan aku yang menjadi leader.. huhu.. jam di dinding menunjukkan jam 4.00 petang.. aku g mandi sat, siap gitu gini, selepas selesai sembahyang asar teros menunggang wave 125 aku dah gerak ke tempat perlawanan..

sesampai je kat sana.. semua orang telah sampai.. court telah tersedia.. eceli dah lama x main futsal ni.. tempat futsal ni buat ubah suai.. dari 8 court menjadi 3 court sahaja.. tu yang ramai orang bengang.. dia leh tutup lagik 5 court tu dan buat gelanggang badminton lak.. padahal tak ramai yang main badminton.. ceh.. ramai orang complain pasal menda ni.. selalunya aku datang mesti ada kosong.. skrg ni nk kene tggu berjam jam utk dapat giliran main.. bengang tol kat tauke rebble ni.. ermm..

lawan2 punya lawan.. rembat punya rembat.. tackle punya tackle.. dribble demi dribble dilakukan oleh semua pemain.. dan selepas 1 jam bermain, team aku menang lagik.. hahaha.. padan ngn muka korang.. dah ar xreti main nk lawan lagik.. peraturan kami kat sini, sapa kalah bayar.. fuhh.. save duit aku.. kalo x, mau rm10 seorang.. hahaha..
*aku ada amik gambo masa aku ngah rehat, tapi USB pot aku ni buat hal.. dia x detect, cilakak*

CUTI YANG PENAT
ermm.. ni dah masuk cite lain sebenarnya.. kenapa cuti saya memenatkan?.. ermm.. cuti kali ni banyak aktiviti dijalankan.. aktiviti pengakap diraja pada ari ahad 9.3.2008.. pastu, ari selasa dan rabu aku ada kelas tambahan dari pagi sampai petang.. hari khamis malam ada kelas malam kimia lak.. hari jumaat, sabtu, ahad nk buat homework plus study utk peksa bulanan pertama.. takut gak nk exam ni.. tapi aku ni relak je kan.. ramai orang tego.. haaa.. aku pon x taw kenapa aku relak.. hahaha..

kawan2 aku ada ajak g jalan2.. tapi penat ar nk ikut diorang jalan2 ni.. kalo jalan mesti ar kuar duit.. aku ni bukan banyak duit sgt pon.. ermm.. baik simpan duit, lepas SPM kan aku nk kawin.. hahaha.. tapi masih tidak jumpa calon.. kui3..

cakap pasal calon ni, dah lama aku intai sorang gadis ni.. selama hampir 1 bulan aku intai dia.. huhu.. meminta no fon dari rakan2 dia.. tapi aku msg dia, x dibalas.. mungkin dia xkenal aku dan dia ni agak pemalu orangnya.. kawan2 dia yang cakap ar.. huhu.. ari khamis aritu, sebelom cuti sekolah bermula.. seorang kawan dia datang kepadaku, S nama dia.. dia sampaikan kirim salam orang yang aku intai itu kepadaku.. huhu.. fuhh, agak gembira hati ini.. hehe.. adakah ini bermakna aku sudah berjumpa teman istimewa aku?.. kui3.. xtaw ar, biar ar masa yang menentukannya.. haha..

p/s: esok aku nk ke BP naik moto.. doakan keselamatan aku pergi dan pulang.. amin......

Thursday, March 6, 2008

Isu Semasa..

antara isu semasa yang sedang diperkatakan:

1. ermm.. sekarang isu yang hangat diperkatakan ialah Pilihan Raya.. televisyen, kat bandar, dan dimana sahaja ramai orang lihat atau lalu, disitu laa terpacaknya sepanduk-sepanduk parti-parti ini.. semuanya berbau janji-janji yang tidak semestinya mereka akan kotai.. aku ni bukan ar hebat sgt dalam bidang politik ni.. tapi kenapa kita hidup dalam satu negara, tapi tidak boleh sefahaman dalam bidang ini.. kenapa perlu ada parti pembangkang?.. ermm..
entry ni utk suka2 je sebenarnya.. pengetua sekolah aku ada beri amaran kepada pelajar2 supaya jangan libatkan diri dalam politik ni.. barang siapa yang terlibat akan dikenakan tindakan disiplin.. harap2 dia x bace blog aku ni.. hahaha.. sbb kalo dia bace, aku leh kene buang skolah woo.. kui3..

2. hampir kesemua pemain badminton tanah air kalah dlm pusingan awal pertandingan badminton ( lupa nama tournament dia) baru2 ini.. sungguh memalukan.. yang berjaya ke pusingan seterusnya ialah chon tan fook dan lee wan wah.. tu pon beregu veteran.. mana pergi juara piala thomas kita khoo kien kiet dan tan boun heong.. lee chong wei turut menghampakan peminat badminton tanah air termasuk aku sekali.. huh!!... kecewa ar aku tgk berita hari tu.. performance diorang x maintain ar.. bukan nk cakap aku hebat sgt dlm badminton ni.. tapi kalah ngn pemain bukan pilihan.. ni memang memalukan.. aduii....

3. hari ahad lepas belek2 surat khabar Pancaindera tu.. yang pasal dunia2 artis ni.. ada ar satu muka surat tu bercerita pasal Zaibo iaitu salah satu juri dalam rancangan relaiti Raja Lawak.. dlm episod 7 tidak silap aku, Nabil, seorang peserta Raja Lawak mengejek Zaibo yang botak itu.. bukan mengejek bagi aku.. cuma dia membuat lawak fizikal.. pada awalnya Zaibo tidak kisah akan gurauan itu.. namun, minggu demi minggu ada sahaja peserta lain yang cuba selitkan perkataan ' silau, terang, kilat' dalam lawak mereka.. dan ini membuat Zaibo berasa kurang senang dan meluahkan perasaannya dlm rancangan itu pada episod ke 8 dengan menegur Shah kerana menggunakan perkataan ' silau fm' dalam lawak beliau.. dan selepas itu, jarang sekali dgr perkataan itu di dalam rancangan itu.. bagus ar camni.. xyah ejek2 orang.. kan bagus.. huhu..

4. haaa.. ini bukan isu semasa aku rasa.. tapi isu hangat satu ketika dahulu dan kini semakin hilang.. Kes culik adik sharlinie.. huaa.. dulu bukan main hangat lagik kes ni.. mesti jadi berita utama setiap warta perdana.. siap buat pencarian dari rumah ke rumah satu ketika dahulu.. sekarang masing2 sudah lupa akan kewujudan kes ni... huh!!..see, apa sudah jadi skrg?.. kita semua tidak tahu apa perkembangan terbaru kes ni.. apa sudah jadi??.. aduii.. adik sharlinie tidak jumpa dan penjenayah kes bunuh kejam adik nurin pon belom diberkas lagik.. haish.. camnikah kredibiliti polis malaysia?.. bukan nk megutuk sesiapa, tapi renung2 kan laa...

p/s: huaa.. bosan nyaaa skrg.. ada sesiapa ada plan nk g jalan2 x?.. ajak ar saye.. kui3..