Thursday, May 29, 2008

Percutian di Mersing..

haaa.. aku baru saje balik dari camping di telok gorek mersing.. camping anjuran kadet bomba.. tapi aku pergi sane bukan sbgi seorang ahli bomba.. tujuan aku kesana utk menenangkan fikiran daripada segala masalah yang aku hadapi.. kiranya aku bercuti laa kat sana.. seronok juga laa pergi sane.. daripada duduk umah tercongok tak tahu nk buat apa kan?.. huhu.. lebih baik aku pergi sane..


byk sangat peristiwa yang berlaku kat sane.. baik yang manis sehingga yang paling pahit.. kami pergi menaiki bas sekolah.. bertolak dari sekolah pada jam 9 dan tiba dalam jam 11.. sesampai je disana..


Peristiwa Jejak Kasih
waktu aku sampai kat sane, kelihatan ramai orang memakai baju pantul cahaya bewarna oren.. masuk je tempat chalet tu, nmpk satu van tulis Universiti Tun Hussein Onn.. teringat kat kezen ku yang cakap dia hendak mersing coz hendak buat kerja.. aku teros call kezen aku Nashriq, tnye diorang kat mana.. rupanya kezen aku pown berada ditempat yang sama.. al kisah.. kecik sungguh dunia ini kan?.. xpon aku ngn dia mmg ada jodoh.. huhu..


maka bertemu laa kami sekeluarga.. dimana ada dia, ada laa jugak kawan2 dia yang aku kenal sewaktu aku pergi ITO dulu.. jumpe laa pokcek, itek, munim dan kamal.. dan sayang aku Baizura.. hahahahha.. abg munim makin ensem laa.. kui3..

begitu laa peristiwa jejak kasih aku.. walaupun tujuan aku kesana utk bercuti, tapi aku xsedap hati laa nk duduk goyang kaki je kat situ.. so, aku menolong cikgu yunus masak di dapur.. dapat laa makan cepat.. huhu.. ngah masak tu, capai sikit ayam.. hahaha.. bg orang yang menolong masak di dapur tu ada tujuan lain sebenarnya.. kami berlatih dikir barat pada waktu malam.. berlatih utk bertandingan pada 28.6 ini.. sapa nk datang tengok, silaa laa.. pertandingan diadakan di Kluang Parade.. mai laa ramai2..


Peristiwa gembira
perkara yang menggembirakan aku kat sane, aku bebas nk mandi laut bile-bile masa yang aku mahu.. huhu.. amat seronok dapat menyakitkan hati orang orang yang x dapat mandi laut.. hahaha.. padan muka korang.. pastu, dapat kenekan para peserta.. dapat merapatkan hubungan dengan jurulatih dikir barat aku.. seronok dapat bergelak tawa ngn dia.. huhu.. hensem gilew jurulatih aku ni.. hahaa..
kisah percutian aku ini tidak berakhir disini.. nk tulis lagi sebenarnya ini.. tapi takut panjang sangat.. besok2 je la aku sambung.. chow..

Saturday, May 24, 2008

Kejayaan Demi Kejayaan..

Bulan mei tahun 2008 ini membawa seribu satu kenangan manis buat diri aku.. Antara kejayaan yang telah kami berjaya tempa ialah:

1. Pasukan pengakap sekolah tinggi kluang telah menjadi johan pertandingan kawad negeri dan telah berjaya mewakili Johor utk peringkat kebangsaan.. usaha keras selama 4 bulan telah membuahkan hasil.. setiap titisan keringat yang jatuh ke bumi telah bertukar menjadi tangisan kemenangan..

*semarak wawasan*

tidak kira siang malam mereka berlatih setiap minggu.. macam macam halangan yang meraka hadapi.. sesetengah peserta mendapat tentangan dari ibu bapa.. tapi orang ada cakap, kalau sesuatu perkara tu berjalan secara lancar tanpa ada apa-apa halangan keputusannya pasti mengecewakan.. jadi kita ambil masalah tu dan jadikannya sebagai pembakar semangat utk terus maju..



2. kejayaan kedua ialah, kejayaan Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan.. Chong Wei mengalahkan Lin Dan dalam semifinal piala thomas tempoh hari.. walaupon begitu, malaysia telah tewas kepada pasukan China.. Walaupon begitu, kejayaan Chong Wei itu amat beharga kepada para peminat badminton tanah air...

*wira badminton tanah air*

3.Kejayaan yang seterusnya ialah kejayaan Manchester United mengalahkan Chelsea dalam Champions League.. Manchester United menang melalui tendangan penalti 6-5.. Semuanya berpunca daripada Van De Sar yang menyelamatkan sepakan penalti Nicholas Anelka.. Manchester United memenangi League ini pada tahun 1999.. penantian selama 9 tahun para peminat setia Manchester United telah terjawab..

*go Manchester United go*

kejayaan ini semua begitu bermakna buat aku walaupun aku tidak turut serta menyumbang tenaga dalam merealisasikan nya.. tapi ianya cukup buat utk aku menitiskan air mata keriangan.. Tahniah kepada Pasukan Pengakap Sekolah Tinggi Kluang, Lee Chong Wei dan Manchester United atas kejayaan yang dicapai..

p/s: arini (25.5.2008) pasukan pengakap skolah aku sedang berjuang utk mengharumkan nama negeri Johor dalam pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya.. doakan kejayaan mereka.. amin~

Tuesday, May 20, 2008

Cepat Kaya??..

satu sekolah aku dah heboh sekarang pasal skim cepat kaya ni.. diperkenalkan disekolah ku oleh seorang guru.. mula mengajak anak2 murid nya menyertai sama.. pada mulanya, dengar cikgu ni cakap mmg leh percaya punye..

bermodalkan hanya rm40 kita boleh menjadi jutawan dalam masa 7 bulan.. leh percaya ke fakta ni?.. ermm.. syaratnya, kita kene mencari 8 orang utk menjadi orang di bawah kita.. dan 8 orang tadi hendak mencari 8 orang lagik di bawah mereka.. yang begitu laa seterusnya.. wang hanya dikirim melalui wang pos.. beli 8 keping wang pos beharga rm5 setiap satu.. setiap helaian wang pos itu ditulis nama 7 orang yang berada dikedudukan teratas.. ( kepada sesiapa yang tidak faham, tak usah laa nk faham2.. hahah..).. selepas itu, kirimkan segala butiran diri beserta wan itu semua dan segala sudah selesai.. anda akan menjadi kaya selepas 7 bulan sekiranya anda bergiat aktif.. ermm..

ada jugak perasaan nk cepat kaya kat hati ni.. tapi bilew difikirkan balik, betol ke benda ni.. tak salah ke disisi agama kalau aku turut serta?.. mmg laa di kertas tu ditulis 'tidak salah disisi agama'.. adakah ianya bertujuan semata mata utk mengaburi mata setiap peserta??.. ermm..

modalnya memang murah.. rm40 sahaja.. tapi kalo ditipu, sayang jugak rm40 ni.. byk jugak menda leh beli ngn duit sebanyak itu.. ahaha.. leh beli nasi rm2 kat kantin tu selama 20 hari tu.. haha.. kenyang wei perot camni.. kui3..

lastnya, mak aku cakap x payah laa masuk.. lebih baik cari rezeki menggunakan titik peluh dan usaha sendiri.. jangan terlalu harapkan skim cepat kaya seperti ini.. jangan jadi seperti sudah terhantuk baru nk tengadah.. ermm..


p/s: mintak2 Manchester United menang malam ni. lawan Chelsea si bangang di Champions League..

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 mei merupakan suatu tarikh yang tidak mungkin akan dilupakan oleh setiap murid dan para guru yang berada di Malaysia.. sekolah aku juga tidak ketinggalan utk membuat sambutan hari guru.. majlis ini bertujuan utk mengenang jasa guru mengajar anak muridnya tanpa mengenal erti penat.. umpama sebatang lilin yang membakar dirinya demi menerangi kawasan sekelilingnya..

haaa.. ini laa part yang besh hari ini.. aku telah dikejutkan setibanya aku di sekolah pada awal pagi..

"amer, amer!!".. suatu suara yang membuatkan hayalan aku hilang.. aku segera memandang ke arah suara itu..
"haa, ada apa ko panggil aku?..".. tanya ku ringkas..
"nnt ko kene bg anugerah kat atas pentas utk Guru Tradisi.. ko ngn ezwan dan ko cari sorang lagi.. kene cukupkan tiga orang taw..".. suruhan Maizatul (rakan aku.. bertanggungjawab utk mencari penyampai anugerah)..

bapak ah.. dia pilih aku sebab aku sporting dah boleh membuat orang gelak.. aku ngn kengkawan leh ar bergurau2.. ini kalo depan khalayak ramai.. memang aku cuak.. aku takut aku berasa gugup je nanti..

persembahan demi persembahan, ucapan demi ucapan.. kini tiba saat yang paling digeruni dalam hidup aku.. berjalan dgn penuh yakin ke arah pentas bersama dua orang rakan, ezwan dan akmal syafi.. sampai kat mikrofon.. aku dah gigil.. damn damn.. takut sial bilew berada kat depan orang ramai.. huaaaa... segala yang aku rancang utk cakap kat atas tu telah hilang sekelip mata.. aku tidak boleh berfikir kat atas tu.. damn damn..

tapi alhamdulillah laa, tak nampak sgt kegugupan aku tu, rasanya aku sorang je yang rasa.. anugerah tu diselamat disampaikan.. hhuhu.. selepas hampi 30 minit lepas tu, majlis ini tamat.. fuhh.. tapikan, majlis ini bosan.. kebiasaannya, guru akan membuat sedikit persembahan, tapi kali ini, seorang guru pon tak ada yang membuat persembahan.. cukop bosan.. aku hampir tertidur dah.. kui3..

p/s: bapak aku dah kuar hospital.. kui3..

Thursday, May 15, 2008

Ditimpa Musibah

sedang sedap aku bermain laptop kepunyaan akak aku ni, kedengaran satu suara yg sudah lebih 17 tahun aku memanggil nama aku.. mak aku baru pulang entah dari mana..

'amer!!.. amer!!'
"ayah baru masuk hospital, tekanan darah ayah tggi.. 202.."

haaaa.. ayah aku masuk hospital?.. walao wei..sejurus lepas itu, mak aku kemas pakaian utk bapa ku.. aku segera menshut down laptop ni dan salin baju.. teros capai kunci moto aku dah menunggang moto waze s 125 aku ke sana.. nasib baik hospital tu x jauh sgt dari umah aku.. agak2 3 minit je perjalanan..

smpi je kat sana, bapa aku sedang berehat.. aku tidak mahu menggangu tidur nyenyak nyaa.. ermm.. aku segera tgk pada laporan pada atas meja di sebelah katil pesakit.. alhamdulillah, kadar tekanan darah ayahku dah turun.. lega hati aku..

besok (16hb May) merupakan tarikh birtday bapak aku!!.. adakah ini hadiah yang diterima ayahku?.. ianya merupakan dugaan yang besar.. sebelom ni, bapak aku x penah masuk hospital.. ermm..

gambo x sempat nk snap.. terlalu nk cepat nk ke hospital.. doakan bapak aku cepat sembuh.. amin!!..