MUSIBAH PERTAMA..
Kisah ini berlaku pada semalam hari iaitu pada hari Maulidur Rasul.. Aku dah kengkawan sememangnya telah bercadang untuk pergi berjalan di bandar pada hari ini.. Tepat jam 10, kami semua berkumpul di sebuah cc di kluang.. Izone nama cc tu..
kat cc, kami main game Counter Strike.. 1st person shooter.. memang gebang game ni.. kami semua berhasrat utk menyertai pertandingan WCG pada tahun hadapan.. moga2 hasrat aku semua tercapai dan kami dapat mewakil asia dlm game ini.. kui3..
setelah hampir 2 jam menembak, kami semua beredar dari cc tu dalam pukol 2 lebih.. sesampai je dimoto, ada salah seorang kawan ku ini meraba-raba koceknya dan merasakan seperti ada sesuatu yang kekurangan.. setelah dibelek-belek beg dan mencari dimerata tempat, dia beritahu kami bahawa handphone dia hilang.. bapak ahh..enset hilang tu.. enset dia enset daun.. mahal tu.. kalo hp aku hilang, mau nangis gak aku.. aku masuk kembali ke dalam cc tu, dengan harapan keajaiban akan terjadi.. setelah tidak ketemu dgn hp itu, kami mengambil ikhtiar utk menonton kamera litar tertutop.. dan hasilnya tidak memberangsangkan.. berdasarkan video rakaman di cc itu, tidak kelihatan pon sesiapa mencuri atau mengambil hp kawan aku tu..
kami semua putos harap dan tuan empunya badan redha dengan pemergian hp dia.. dia cakap "xkisah ar, jom ar balik.. aku dah penat ni.." kami smua balik laa lepas itu dengan perasaan yang hampa.. huhu..
MUSIBAH KEDUA..
eceli ini bukan musibah.. cuma kecuaian diriku sahaja..*kot* waktu malam menjelang tiba.. kufikir sejenak tentang nasib rakan ku itu.. mak aku panggil ke makan malam.. ku makan dengan perasaan sayu.. tidak ku perasan, tetiba.. aku tercekik tulang ikan bawal.. terletak dia kat kerongkong ku itu.. tidak bergerak ke bawah.. sakit yaa amat.. dah laa time tu aku ngah kene batuk, tulang ikan tu gerak sikit je, aku dah batuk bagai nk rak..
selepas itu, aku cuba mengeluarkan tulang itu dengan menjolok mulot ku agar ku muntah.. dah mcm pesakit aneroksia lak.. kui3.. ku muntah hampir 2 kali, tetapi tidak terkeluar juga tulang itu.. mak ku membuat keputusan utk menghantar ku ke klinik..
diklinik, doktor itu cuba mencari tulang ikan itu tetapi tidak ketemuan.. selepas pemeriksaan dilakukan keatas diriku.. doktor memberi ubat antibiotik, ubat kumur dan ubat tahan sakit kepala.. berputar soklan dikepala otak ku ini.. aku diberi ubat sakit kepala?.. apa kene mengena dengan tulang tersangkut di kerongkong ku ini?.. aduii.. ternyata doktor ini ingin kencing duit sahaja..
mereka menjadi doktor hanya utk menipu duit pesakit atau ingin merawat mereka?.. kalo smua doktor didunia ini berfikiran kotor seperti ini, musnah laa dunia ini.. bayangkan laa bagaimana sekiranya pesakit itu merupakan orang susah??.. ermm.. kos rawatan aku rm22.. agak mahal laa.. ermm..
sehingga saat aku menulis enrty ini, tulang itu masih berada dikerongkong ku.. amat pedih rasanya.. baru ku tahu, menda yang kecik sebegitu dalam membawa impak yang besar terhadap diriku.. huhu.. harap2 cepat laa tulang tu beredar dari situ.. kui3.. doakan laa aku yerk.. kui3..
2 comments:
Ohhhooo.... sudah lama tidak ke CC... Hummmm, cuba kamu telan, nasi suam yang digumpal. Jangan kunyah, telan je terus...
ye la abg azhar.. berkesan laa teknik abg tu.. alhamdulillah, tulang tu dah hilang.. kui3..
Post a Comment