Thursday, February 14, 2008

Selepas Percutian Raya Cina..

haaa.. nk cerita kat sini hari-hari persekolahan aku selepas cuti raya cina tempoh hari.. langkah-langkah ku terasa berat utk bangun pada pagi tu. maklumla dah selalu bangun pukul 10 keatas.. tetiba kene bangun pukul 6.. siapa yang boleh tahan.. huhu..
aku pergi ke sekolah menungga motosikal wave S 125.. aku menunggang 60kmj je pada hari tu.. ini semua kerana ngantuk.. jika tidak aku akan menunggang pada speed 800-100kmj.. huhu..
nk dijadikan cerita, pada pagi tu, banyak la pulak homework yang aku tak siap lagik.. padahal masa cuti hari tu smpi bosan-bosan buat homework.. tak tahu laa macam mana leh tertinggal kerja rumah ni pulak.. ish3.. aku membuat kerja sekolah pada kelajuan cahaya.. hahaha.. tapi tiru kerja orang ar.. otak dah jamed dah nk pikir idea (alasan baik punya).. kui3..

ktokk, ktokk, ktokk (pintu kelas ku diketuk)..
"amer, ada cikgu nk jumpa kat bawah".. sudahhh, apa yang aku sudah buat kali ini.. aduii.. setahu aku, aku tidak ada membuat apa-apa kesalahan.. ish3.. aku menurungi blok c tu dengan langkah tidak sedap hati.. hahaha..
sesampai je dibawah, rupanya guru rumah sukan aku ingin ketemu sama aku.. dihulurkan sehelai kertas, tertulis disitu...

Acara: Melempar cakera..
Nama: Muhammad Ameruddin bin Jamil..
Tarikh: 12.2.2008 (pada hari tu jugak)..
Waktu: 3 petang..

bapak ah, aku ada acara petang ni?.. kepala hotak dia.. aku mane ar ada bakat dalam acara ni.. dah ar pencabar dia hebat2.. aku penah tgk diorang lawan tahun lepas.. gilew hebat wa cakap sama lu.. semua lempar jauh.. catatan terbaik aku cuma 15 meter sahaja.. aduii.. pening2.. eceli aku sudah train menda ni ngan kawan2 aku sejak 2 mggu yang lepas.. eceli kawan aku yang amik acara tu, dah entah mengapa nama aku yang naik.. nk mengamuk pon ada time tu.. dah ar aku xde pengalaman bermain menda alah tu.. aduii.. redha je ar.. menang kalah adat pertandingan.. huhu..

kepetangan itu, aku datang tepat jam 3.. rupanya pukul 3 tu, diorang baru nk pasang speaker ar, nk bg nombor ar.. lastnya, acara start kul 4 lebih.. aduh, bengang sei.. pada petang tu juga, banyak acara lain yang dilangsungkan.. sementara menunggu acara aku, g ar tgk acara lain dulu.. bersorak2.. menjerit macam sekolah tu aku yang pnye.. hahaha..

"diminta pengurus rumah sukan menghantar peserta bagi acara melempar cakera bawh 18".. fuh.. aku gementar abis time ni.. disaksikan oleh puluhan budak lain.. aduh, malu ar oi.. kui3..
aku memakai nombor SU 12.. harap2 dapat memberi tuah kepada aku.. huhu.. setiap rumah sukan menghantar 2 peserta bagi setiap acara.. kawan serumah aku mmg hebat main game ni.. aku mmg meletakkan harapan yang tinggi ar kat dia.. huhu..

setiap peserta diberikan 3 kali balingan.. dan dalam 3 kali balingan tu, mereka akan memilih 4 yang terbaik utk menentukan juara.. aku mendapat giliran yang ke 4.. satu peserta demi satu peserta membuat balingan.. semuanya jauh-jauh belaka.. sesampai je turn aku, selesakan badan dengan keadaan padang, masuk ke dalam ring, menghayunkan badan dan membuat lemparan (besh x cerita aku?.. hahaha).. jarak kali pertama aku 16.20 meter.. balingan kedua tersasar dari tempat dia dan dikirakan foul, malu gilew time ni.. kui3.. balingan ketiga aku hanya dapat 17.30 meter.. setelah dianalisis, aku tidak dapat meneruskan perjalanan ku ke pusingan seterusnya.. sedih pon ada, kerana tidak dpat menang pertandingan tu.. rakan serumah aku kepusingan seterusnya.. catatan terbaik dia 21.38 meter.. 4 orang yang ke pusingan kedua membuat 3 kali balingan lagi dan cikgu-cikgu akan memilih jaraj terbaik dan dia lah juara..

rakan serumah ku mendapat tempat kedua.. hebat ar tu.. dan aku pula, mendapat tempat ke 7 daripada 8 peserta.. merentas desa aku kalah, badminton kalah, lempar caker aku kalah.. ape ar nk jadi ngn aku ni.. ish3.. xde ciri orang sukan betul ar.. sobsob.. selepas tu, diadakan acara tarik tali.. acara faberet aku.. huhu.. pusingan prtama lawan rumah biru.. pusingan pertama mmg sengit.. dan team aku menang jugak.. pusingan kedua rumah biru telah mendapat foul kerana salah seorang dari membe dia telah jatuh dan tidak bangun semula selepas 5 saat.. team aku menang mudah.. hahahaha..

selepas tu, aku balik dah melelapkan diri.. huhhh.. smua homework hari tu aku x buat.. hahaha.. redha je ar apa nk jadi besok.. kui3.

p/s: eceli banyak lagik aku nk cerita.. tapi takut nnt korg bosan lak.. so, nnt bilew aku sambung lagik.. huhu.. chow...

6 comments:

Nashrex said...

hihi.
klaka laaaaaa citer ko. walaupun berteraburr..

Azhar Ahmad said...

nash... jangan cakap camtu.. amer ni baru berblog... ehehehhe

aMeR said...

nashrex- apa yang terabur?.. bgtaw ar.. kui3..

azhar- tu ar pasal, kalo salah tego ar.. kui3..

sYaRa GreeNev0 said...

menungga ape?

menurungi tuh ape plak?

haihh...
hahah..=p

aMeR said...

masa tu ngntok ar syara.. normal ar manusia melakukan kesilapan.. hahahaha..

Nashrex said...

mennungga.. menurungi..
hahahhaha