Monday, February 18, 2008

aku dihayun kayu hoki..

haa.. munking korang ingat aku kene blasah kan?.. xde ar.. ini cuma kecelakaan yang menimpa diriku.. malang tidak berbau.. huhu..

nk dijadikan cerita, pada petang td.. aku diarahkan utk mengajar budak form1 dan 2 utk berkawad rumah sukan.. setelah 45 minit berkawad.. aku beri arahan supaya mereka berehat.. kami belatih kawad di padang.. kebetulan pulak kat situ diadakan latihan hoki utk wakil sekolah..
sedang asyik aku melihat mereka memukul bola, datang ar sorang membe aku ni, K ( bukan nama sebenar ) .. dia ajak aku main hoki tu.. padahal dua2 tak penah pegang kayu hoki.. aku pon layan.. aku meminjam kayu hoki salah seorang wakil skolah tu ar.. main pukul2.. besh pulak main game ni.. si K ni nk pinjam kayu hoki aku tu.. aku pon serahkan je ar kayu tu pada dia.. diletakkan bola diatas padang.. si K itu pon menghayunkan kayu hoki dengan sekuat hati lalu membuat pukulan.. tapi sayang, bukan bola hoki yang dia target, tp kepala aku menjadi target dia.. bapak ah.. aku teros rebah menyembah bumi sejurus selepas itu.. kawan2 semua dah panik.. mereka merenjis renjis air pada muka ku utk menyedarkan ku.. dalam 5 minit lepas tu, aku tersedar.. terasa bahagian kiri leher aku sakit..

menda ni jadi laju sgt, so smpi aku pon tak tahu apa yang jadi.. kawan aku cerita kat aku bahawa aku berdiri di belakang si K tu semasa dia membuat pukulan.. momentum pukulan dia teros ke belakang dan kena bahagian kiri muka aku.. gilew kentang sakit sial... masa bawa motor time balik tu, terasa pening yang amat sangat.. bayangkan ar sebatang kayu hoki hinggap di bahagian kiri muka anda.. sakit atau tak?.. jgn ar try kerana mmg amat sakit..

sesampai dirumah, aku ceritakan kepada mak aku.. dia ketawa terbahak-bahak.. ada ke patut.. ish3.. ptt bawa ar aku ke klinik utk check sama ada ada keretakkan dimana-mana bahagian otak aku ke.. ada pendarahan dalaman ke.. ini x, dia leh ketawa.. ish3.. panas pon ada.. huhu..

p/s: sumpah, ini la kali pertama dan kali terakhir aku pegang stick hoki.. perit sial....

4 comments:

Nashrex said...

hoki ni xpentingkan kelajuan sgt. dia lebih pada skill mengawal bola gitu... org2 gemok bleh power main, asalkan ko bleh kawal dgn baik. best eceli main hoki ni..

ayat ko..
"kepala aku menjadi dia target"
knape tunggang langgang ayat? mesti angkara kpale ko kena balun dek kayu hoki tu. hahahahahaha!!
sian2.. baik ko check.. manatau ada retak sana sini.. hahak

sYaRa GreeNev0 said...

wahaha.....[gelak gulik tahap dewa]

wei2..g la cek spital...
aku rase hentaman kawan ko tuh slow lagik kot..

kwn aku lagik trok..kayu hoki kene muke..ermx..dagu la kot...sampai darah2 berjahit sume...yg hentam dye tuh budak pompuan..aagaga...aku rase bdak itu terlebih gagah lah kot..
hoii seram aku weihh...=p

aMeR said...

nahrex- aku buat entry ni masa ngah pening.. tu yang silap tu.. nnt aku betulkan.. huhu..

syara- kawan aku ni bukan reti main sebenarnya.. sekadar ingin mencuba.. tu pasal jadi cam ni.. hahaha..

Azhar Ahmad said...

Aduhhhh, saya penah kena kayu hoki.... perit, sakit, dan malu bercampur-campur...