satu sekolah aku dah heboh sekarang pasal skim cepat kaya ni.. diperkenalkan disekolah ku oleh seorang guru.. mula mengajak anak2 murid nya menyertai sama.. pada mulanya, dengar cikgu ni cakap mmg leh percaya punye..
bermodalkan hanya rm40 kita boleh menjadi jutawan dalam masa 7 bulan.. leh percaya ke fakta ni?.. ermm.. syaratnya, kita kene mencari 8 orang utk menjadi orang di bawah kita.. dan 8 orang tadi hendak mencari 8 orang lagik di bawah mereka.. yang begitu laa seterusnya.. wang hanya dikirim melalui wang pos.. beli 8 keping wang pos beharga rm5 setiap satu.. setiap helaian wang pos itu ditulis nama 7 orang yang berada dikedudukan teratas.. ( kepada sesiapa yang tidak faham, tak usah laa nk faham2.. hahah..).. selepas itu, kirimkan segala butiran diri beserta wan itu semua dan segala sudah selesai.. anda akan menjadi kaya selepas 7 bulan sekiranya anda bergiat aktif.. ermm..
ada jugak perasaan nk cepat kaya kat hati ni.. tapi bilew difikirkan balik, betol ke benda ni.. tak salah ke disisi agama kalau aku turut serta?.. mmg laa di kertas tu ditulis 'tidak salah disisi agama'.. adakah ianya bertujuan semata mata utk mengaburi mata setiap peserta??.. ermm..
modalnya memang murah.. rm40 sahaja.. tapi kalo ditipu, sayang jugak rm40 ni.. byk jugak menda leh beli ngn duit sebanyak itu.. ahaha.. leh beli nasi rm2 kat kantin tu selama 20 hari tu.. haha.. kenyang wei perot camni.. kui3..
lastnya, mak aku cakap x payah laa masuk.. lebih baik cari rezeki menggunakan titik peluh dan usaha sendiri.. jangan terlalu harapkan skim cepat kaya seperti ini.. jangan jadi seperti sudah terhantuk baru nk tengadah.. ermm..
p/s: mintak2 Manchester United menang malam ni. lawan Chelsea si bangang di Champions League..
2 comments:
ko adukan je kat kementrian. cikgu haper camni. biar kena panggil lembaga disiplin. ajar sket org2 gini.
dah nama pun skim cpat kaya. mmg dr segi syarak x sah.
aku mmg x mo masuk pown.. tapi aku cuak dow nk bg taw kementrian.. hahaha..
Post a Comment