Wednesday, January 30, 2008

Merentas Desa..

fuh.. actually aktiviti ni dibuat pada hari sabtu yang lalu.. oleh sebab faktor kepenatan yang melampau, entry ni baru dibuat pada hari ini setelah sekian lama tertangguh.. dpt jugak aku tulis entry pasal aktiviti merentas desa ni..
Pada pagi hari sabtu, badan ku terasa berat utk bangun utk menyiapkan diri (padahal mmg dah berat dah pon).. tapi ku gagahkan diriku ini utk menempuh satu lagi menda yang aku kurang gemar dialam persekolahan.. Aku bukan nk bangga diri la kan, mana ada orang pernah buat rekod mendapat nombor 1 dari belakang setiap tahun.. korg pernah jumpa?.. tak penah kan?.. huhu.. Aku rasa diriku amat hebat sekali.. hahaha..

ermm, tak kan ar nk cerita aku lari semua kan.. nk dipendekkan cerita.. aku hanya berjalan sahaja dari awal perlumbaan hingga akhir.. huhu.. nasib baik ar aku ada kawan seperut dgn aku.. leh dibuat teman ketika ini.. huhu.. aku berjalan bersama dia dari awal hingga akhir.. lupa lak nak ambil gambar bersama dia..

aku merupakan peserta terakhir yang menamatkan perlumbaan, aku tidak merasa malu, bahkan berasa bangga.. akan tetapi, aku tidak tahu akan kebanggaan ku ini.. kui3..
tapi suasana di dewan sewaktu majlis penyampaian hadiah amat gamat.. dengan adegan menganjing nganjing.. dan sorakan yang dapat memecah keheningan malam.. huhu.. utk rumah sukan aku, kiranya aku yang kurang kemaluan skit ar dari orang lain.. so aku yang lead bdk2 ni utk bersorak... perasaan menjadi ketua sorakan mmg besh..

satu demi satu hadiah dikalung di leher pemenang.. aku tak menumpukan perhatian kerana aku tahu yang nama aku tidak akan diumumkan.. aku harap suatu hari nanti, akan menang satu petandingan besar, dan nama ku diumumkan di khalayak ramai.. amin~

beberapa minit kemudian, diumumkan kedudukan keseluruhan perlawanan.. rumah sukan aku mendapat no 3.. ini suatu keajiban kerana rumah sukan aku selalu mendapat tempat yang tercorot.. huhu.. alhamdulillah....
sisa hari ku pada hari itu banyak dihabiskan di rumah dengan TIDUR sahaja... hahahahaha.....

p/s: pertandingan bdminton aku hari sabtu ni.. doakan kejayaan aku rakan2.. lagi satu, anak saudara ku telah dikejarkan ke KL bagi mendapatkan rawatan lanjut akibat tempurung kepalayang retak.. dikatakan otak sebelah kiri atau kanannya, aku kurang pasti, telah cair.. dan keadaan dia amat tenat.. sama2 kite doakan agar dia cepat sembuh.. amin~

5 comments:

Nashrex said...

hahahaha. lawak sial ayat ko.. corot stiap tahun ko rentas desa? sungguh memalukan...

semoga baby yusoff slamat.. amin

aMeR said...

kenape kalo aku corot setiap tahun?.. ish3..
pasal baby yusuf tu.. aku rase aku blom sempat jumpe lagik ngn dia.. harapan aku nk jmpe dia dalam keadaan sihat..

sYaRa GreeNev0 said...

oke2..muge2 baby itu selamat ...




**hahaha...patot ko ade inisiatif untuk x dpt NOMBOR 1 dr belakang..haihh..
ko patot buktikan org yg berbadan besar cam ko leyh gak berlari2 dan menang! huhuh..=p

Anonymous said...

All the best for the badminton comp!=D Haha~! Sulaiman skrg num 1 ah weih!=D Harap2 nanti hari sukan pun~

aMeR said...

syara- aku dah cuba sehabis baik dah.. xleh ar nk lari laju2.. hahaha..

fy- skrg leman masih no 1 ek?.. aku rasa dah turun dah.. kui3..